Perompak Paling Berjaya

Seorang pencuri sangat pakar merompak bank di mana kepakaran utamanya adalah memecahkan kod rahsia pintu almari besi. Dia selalu bekerja sendiri tanpa dibantu ada pembantunya. Suatu ketika, ketika di tengah malam dia memasuki sebuah bank yang baru seminggu dirasmikan. Sebuah almari penyimpanan dengan nombor rahsia yang paling canggih berhasil dibukanya. Namun dia sedikit hairan kerana di sana tidak terdapat wang sama sekali, melainkan cawan-cawan berisikan
puding warna susu. Ruangannya pun dingin sekali. Akhirnya dia memutuskan untuk memakan puding-puding tersebut sebelum membuka almari besi lainnya. Kerana lapar dia habiskan semua puding di lemari besi pertama.

Almari besi kedua berhasil dibuka, sekali lagi dia terjumpa puding dalam cawan-cawan plastik. Seluruh almari ada 5 unit, dan kesemuanya berisi puding, dan dia menghabiskan banyak sekali puding. Dia dengan kekenyangan pulang ke rumah dan masih agak heran, kenapa bank itu tidak menyimpan wang sama sekali. Atau mereka memang sudah mengetahuinya akan dicuri? Aah biarlah yang penting aku kenyang serunya.

Keesokan paginya dengan setengah mengantuk dia terbangun kerena suara penghantar surat khabar memasukkan surat khabar ke dalam rumahnya melalui celah jendelanya. Sambil menguap dia membuka surat khabar dan terpaku melihat headline di halaman pertama dengan judul bertuliskan dengan huruf yang besar-besar.

"BANK SPERMA DIROMPAK"

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...